Assalamualaikum semuaaaaa! Entry kali ni nak cerita pasal ceq dah masuk belajaq kat Kolej Matrikulasi Perlis (KMP). Faham faham jelah siapa ceq ni kan. Haha. Ceq daftar 19/5 tapi dah pi hari sabtu lagi tinggai kat Kedah. Hari ahad tu pulak dah pi melawat kmp. Ceq nampak ada beberapa orang ajko duk melambai ajak masuk. Mujur ceq tak bawak barang masa tu. Fuhhh~ sampai isnin pagi.. ceq dah mula risau.. debar takut semua ada. Jauh kan. Dah masuk daftar semua ceq pi cari kawan yang ceq kenai dulu. Panjang lagi ceghita ceq ni haa. Nanti hangpa semua bosan pulak. Masa orientasi kami memang best lah. AJKO kami sangat lah friendly and baik. Tapi gen kami tak dapat bersama pengarah yang caring tu. Dia pindah so kami dapat pengarah baru.
Okay ni masa kami bersukaneka. Seronok sangat. Semua orang bagi kerjasama. Meriah kot! Setiap blok kena buat yell blok masing masing. Masa ni kami kena pakai baju kmp. Tudung pun sama jugak tapi takda lah cop kmp. Tudung kangaroo lagi. Haha.
Next. Masa ni kami ada latihan kebakaran. Memang lagi best dari kita kat skola lah. Masa skola kita just berkumpul. Tapi kat sini kami siap ada asap asap. Ada orang berlari mintak tolong. Then bomba pi naik atas selamatkan mangsa. Pastu ada lah jugak demo padamkan api tu.
These are my roommates! Mereka sangat friendly. Ceq memang suka dapat roommates macam depa. Dari kiri Puteri, Emilia, SMZ, Ahrchana, Niesa, Thamarah. Dua orang indians tu sangat baik dengan ceq. Selalu sangat bercerita. Sampai pasai pakwe pun cerita. Haha.
Masa ni kami sedang buat raptai untuk penutup mppb. Memang penat tak terkata lah kan. Sebab kami semua kena jemur macam ikan kering kat tengah padang. Hitam habis muka tangan kami. Mujur semuanya berjalan lancarr. Ceq tak boleh nak tunjuk video gimmick kami dalam human graphic ni kat sini.. data terhad. Haha. Tapi ceq dah hantar kat grup ws kelas. Memang seronok dan puas hati lah. Sebab nampak teratur.
Kesimpulannya kmp memang the best! Ceq teringin nak join kakom. Senang sikit nak dapat markah koko. Hee. Hangpa semua yang bakal masuk matrik tu enjoy ur orientation week okay! Kami orientasi memang syiok! Dapat nyanyi lagu kmp semua orang seronok! Tapi time taklimat tu mata duk layi ja masing masing! Haha. Bertahan jaa lah. Last but not least, nanti hangpa cerita jugak naa pengalaman hangpa kat sana. Yang masuk u tu pun sama jugak! Ceq dah rasa seronok kat sini. Harap ceq boleh catch up semua dalam masa 10 bulan ni. Takut pun ada jugak. Btw, ceq ambik modul3. Nak ambik modul 2 ceq takut phy! Haha. Okay lah. Dah panjang sangat. Papehal nanti ada masa terluang ceq ceghita lagi kat hangpa naa.. Sekian. Salam anak rantau. Haha.
-SMZ-KMPian-
Dek..dulu sedih sangat ye..skrg bkn main naa.. hahaaa.
ReplyDeleteAlaa.. biasa lah tu naa.. bila kita enjoy hilang lah sedih semua tu. Haha.
ReplyDeletetahniah dik.tnggulah sampai tamat sem.lg best dgn karnival dinamika.hehe
ReplyDeleteEx kmp kah??
Delete