Sunday, 25 May 2014

Ceghita Oghang Utagha :)

Assalamualaikum semuaaaaa! Entry kali ni nak cerita pasal ceq dah masuk belajaq kat Kolej Matrikulasi Perlis (KMP). Faham faham jelah siapa ceq ni kan. Haha. Ceq daftar 19/5 tapi dah pi hari sabtu lagi tinggai kat Kedah. Hari ahad tu pulak dah pi melawat kmp. Ceq nampak ada beberapa orang ajko duk melambai ajak masuk. Mujur ceq tak bawak barang masa tu. Fuhhh~ sampai isnin pagi.. ceq dah mula risau.. debar takut semua ada. Jauh kan. Dah masuk daftar semua ceq pi cari kawan yang ceq kenai dulu. Panjang lagi ceghita ceq ni  haa. Nanti hangpa semua bosan pulak. Masa orientasi kami memang best lah. AJKO kami sangat lah friendly and baik. Tapi gen kami tak dapat bersama pengarah yang caring tu. Dia pindah so kami dapat pengarah baru.
 Okay ni masa kami bersukaneka. Seronok sangat. Semua orang bagi kerjasama. Meriah kot! Setiap blok kena buat yell blok masing masing. Masa ni kami kena pakai baju kmp. Tudung pun sama jugak tapi takda lah cop kmp. Tudung kangaroo lagi. Haha.
 Next. Masa ni kami ada latihan kebakaran. Memang lagi best dari kita kat skola lah. Masa skola kita just berkumpul. Tapi kat sini kami siap ada asap asap. Ada  orang berlari mintak tolong. Then bomba pi naik atas selamatkan mangsa. Pastu ada lah jugak demo padamkan api tu.
 These are my roommates! Mereka sangat friendly. Ceq memang suka dapat roommates macam depa. Dari kiri Puteri, Emilia, SMZ, Ahrchana, Niesa, Thamarah. Dua orang indians tu sangat baik dengan ceq. Selalu sangat bercerita. Sampai pasai pakwe pun cerita. Haha.
 Masa ni kami sedang buat raptai untuk penutup mppb. Memang penat tak terkata lah kan. Sebab kami semua kena jemur macam ikan kering kat tengah padang. Hitam habis muka tangan kami. Mujur semuanya berjalan lancarr. Ceq tak boleh nak tunjuk video gimmick kami dalam human graphic ni kat sini.. data terhad. Haha. Tapi ceq dah hantar kat grup ws kelas. Memang seronok dan puas hati lah. Sebab nampak teratur.

Kesimpulannya kmp memang the best! Ceq teringin nak join kakom. Senang sikit nak dapat markah koko. Hee. Hangpa semua yang bakal masuk matrik tu enjoy ur orientation week okay! Kami orientasi memang syiok! Dapat nyanyi lagu kmp semua orang seronok! Tapi time taklimat tu mata duk layi ja masing masing! Haha. Bertahan jaa lah. Last but not least, nanti hangpa cerita jugak naa pengalaman hangpa kat sana. Yang masuk u tu pun sama jugak! Ceq dah rasa seronok kat sini. Harap ceq boleh catch up semua dalam masa 10 bulan ni. Takut pun ada jugak. Btw, ceq ambik modul3. Nak ambik modul 2 ceq takut phy! Haha. Okay lah. Dah panjang sangat. Papehal nanti ada masa terluang ceq ceghita lagi kat hangpa naa.. Sekian. Salam anak rantau. Haha.
-SMZ-KMPian-

Sunday, 4 May 2014

Aja aja hwaitinggggg!



Assalamualaikum.. Harini dah Isnin kan. Cepatnya masa berlalu. Harini jugak kawan kawan yang nak masuk f6 pergi mendaftar. Gud luck lah kepada Ina dengan Aten tu ye. Rasanya dua orang tu je yang pergi daftar nya. Kot lah. And and and.. harini orang pertama antara kami 22 orang yang pergi daftar n masuk belajar terus iaitu Mohamad Faris bin Abu Bak. Dia ni sambung ambik diploma dekat MTNP (Maahad Tahfiz Negeri Pahang) di Kuantan. Nampak lah dia ada bagitau dekat grup ws pagi tadi yang dia dah nak berangkat pergi belajar. Papepun we all wish u best of luck ye Faris! Belajar molek molek. Jangan hampakan harapan mak ayah. Semoga dapat jadi seorang huffaz yang berjaya. Okay itu saja dari kami semua. Last but not least, jangan jemu dalam mencari ilmu Allah. Kbaiii.   

Thursday, 1 May 2014

Sanah Helwah ya Ukhtii ! :)

2 May 2014, Jumaat yang mulia bersamaan 2 Rejab, bulan yang mulia. Kami 21 orang warga abangkakakbahang ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Maizatul Naqiyyah. Dah cukup 18 tahun awak harini. Haha. Bapak skema ayat. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki oleh-Nya. Nanti kalau awak dah sambung belajar, or dah nak menetap di Sabah sana, jangan sesekali lupakan kami k. Semoga awak berjaya dunia akhirat. Semoga tercapai segala impian dan cita cita. Semoga bahagia disamping orang tersayang. Grup ws kita ada nak rodger perkembangan terkini awak. Haha. Mintak maaf jika kami 21 orang ni ada buat salah, terkasar bahasa ke.. buat awak terasa ke.. cehh, macam nak raya pulak. Last but not least, jaga diri ye Nana! Semoga selamat pergi dan selamat sampai ke Sabah nanti. Aamiin. Doakan kejayaan kita semua. Harap nanti boleh jumpa lagi satu kelas :) okay penat. Sekian dari kami. Saya wakil. Hehe. Kbaiii. Assalam.